SALAM..
Kisah yang aku nak lampirkan ni hanyalah sekadar renungan sebagai peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah usang. Rumah itu hanyalah berdindingkan buluh,beratapkan daun nipah dan bertanggakan betang kelapa. Diserambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku menghampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka,seorang kanak-kanak yang berumur kira-kira 11 tahun.
''Mana mak?''
''Mak pergi menoreh.''
''Mana bapak?''
''Bapak pergi kerja.''
''Habis tu adik awak yang kecil ni siapa yang jaga?''. Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
''Adik ni sayalah yang jaga''. Jawab budak berkenaan.
''Awak ada berapa orang adik beradik?''
''Sepuluh''
''Awak ni anak yang ke berapa?''
''Saya yang kelapan''.
''mana abang-abang kamu semua pergi?''
''Tolong mak menoreh''
''Adik puasa tak hari ni?''
''Sama je pakcik , puasa ke tidak kami ni makan hanya sekali je sehari''.. Jawabnya.
Mendangar kata-kata itu aku sungguh terharu lalu aku bertanya lagi::
''Adik bersekolah di mana?''
''Saya tak sekolah. Emak dan bapak tak mampu''
''Bapak kerja apa?''
''Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa.''
Budak itu memberi tahu. Lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan bulan yang lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang menghantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang mnjual daging lembu tempatan. Aku beli sekilo tulang lembu memandangkan itu saja yang dapat aku bantu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan beras untk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu kepada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit ''Yeh,yeh...! kita dapat makan daging malam ini...!''
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat ? Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas, baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang semula ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita aku dengar.
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu kepadaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.''Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pak cik.''
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai seminggu? dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang-tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuang tulang yang telah dimakan. Dia kutip semua tulang-tulang yang telah dimakan untuk dimasak semula pada hari esoknya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata::''Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat''
Aku bertanya lagi::
''Upah menoreh berapa makcik dapat?''
'' Cuma RM 3.00 sehari''
''Ayahnya berkerja macam mana?''
''Kalau dapat ikan, itulah yang dibuat lauk setiap hari''
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?. Atau adakah anda buang saja kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkinkah kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Maka renung-renungkanlah diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen ja..