renungan

renungan

Sabtu, 1 Oktober 2011

Ya Sudahlah








Lagu ni memang best... Aku dengar banyak kali pon tak boring. Kt bwah ni aku lampirkan liriknya...


Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi bersamaku hingga akhir datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbang bersamaku
Melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok....




Bagi aku, lagu ni sampaikan satu mesej untuk mengejar impian. Tu dari pemahaman aku lar. Bila aku dengar lagu ni, rsa smangat nak study. Semangat semacam ja. "Apa pun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu". Aku slalu cakap ayat ni kat kekasih aku. Lepas aku cakap macam tu kat dia, tah kenapa dia nagis. Dia cakap dia sayang sangat kat aku. Tapi tak pew, aku akan tunaikan janji aku kat die~.. Tunggu b sayang..

Rabu, 28 September 2011

PUASA SI MISKIN..

SALAM..

Kisah yang aku nak lampirkan ni hanyalah sekadar renungan sebagai peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah usang. Rumah itu hanyalah berdindingkan buluh,beratapkan daun nipah dan bertanggakan betang kelapa. Diserambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku menghampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka,seorang kanak-kanak yang berumur kira-kira 11 tahun.


''Mana mak?''
''Mak pergi menoreh.''
''Mana bapak?''
''Bapak pergi kerja.''
''Habis tu adik awak yang kecil ni siapa yang jaga?''. Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
''Adik ni sayalah yang jaga''. Jawab budak berkenaan.
''Awak ada berapa orang adik beradik?''
''Sepuluh''
''Awak ni anak yang ke berapa?''
''Saya yang kelapan''.
''mana abang-abang kamu semua pergi?''
''Tolong mak menoreh''
''Adik puasa tak hari ni?''
''Sama je pakcik , puasa ke tidak kami ni makan hanya sekali je sehari''.. Jawabnya.

Mendangar kata-kata itu aku sungguh terharu lalu aku bertanya lagi::

''Adik bersekolah di mana?''
''Saya tak sekolah. Emak dan bapak tak mampu''
''Bapak kerja apa?''
''Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa.''




Budak itu memberi tahu. Lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan bulan yang lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang menghantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang mnjual daging lembu tempatan. Aku beli sekilo tulang lembu memandangkan itu saja yang dapat aku bantu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan beras untk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu kepada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit ''Yeh,yeh...! kita dapat makan daging malam ini...!''


Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat ? Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas, baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang semula ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita aku dengar.
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu kepadaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.''Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pak cik.''


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai seminggu? dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang-tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuang tulang yang telah dimakan. Dia kutip semua tulang-tulang yang telah dimakan untuk dimasak semula pada hari esoknya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata::''Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat''


Aku bertanya lagi::

''Upah menoreh berapa makcik dapat?''
'' Cuma RM 3.00 sehari''
''Ayahnya berkerja macam mana?''
''Kalau dapat ikan, itulah yang dibuat lauk setiap hari''




Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?. Atau adakah anda buang saja kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkinkah kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Maka renung-renungkanlah diri kita.

Sabtu, 17 September 2011

Raya Dirai Merdeka Dihayati...

Salam...


     Pada hari jumaat 2 minngu yg lepas. SEkolah aku telah mngadakan sambutan MERDEKA RAYA. Semua pelajar terlibat. Yang beznya, kaki ponteng skolah pon ada wlwpon pntu pgar skolah dibuka luas and x da cikgu yang kawal..hehehehehehe... Walau bagai mna pon, MERDEKA tetap DIHAYATI and RAYA AIDILFITRI tetap DIRAI.. Semua kelas mngadakan jamuan. Memang best sngt2 lah time 2, macam2 aktiviti dilakukan.. Contohnya pertandingan lagu patriotik.. Tapi aku x join pon..hahahahaha... Aku dh mls nk bcrta pnjang sbb nk smbng stdy..trial dh nk dkt.. Aku share gmbar je la ok...
aku dangan kawan aku yang sedang menikmati jauadah di kelas bestari..hahahhahahaha


aku(yang berbaju merah tapi muka x nampak) sedang memberi ucapan terakhir sambutan hari raya..hehehehe

kawan aku sedang mendndangkan lagu 'suasana hari raya'' and ''saya anak merdeka''...hahahahaha..gempak abis bila depa nyanyi..

guru-guru yang turut menyampaikan lagu..

aku sedang merakam gelagat depa(kawan-kawan aku le)

lagu dendangn p.ramlee...''malaysia baru'' di nyanyi semula oleh cikgu2..hahahaha..best gak ler...

member kelas yang mnyampaikan lagu '' 1 Malaysia''

bersama member2 kelas yg sporting abis..hahahaha

depa dok wat romantik depan kamera...aku cuma tumpang sekaki ja...hahhahaha..


     Nila antara gambaqnya.. Tapi masih ada lagi yg blom upload.. Nanti aaku upload la k...ok sekian...salam...

Khamis, 4 Ogos 2011

NOSTALGIA aku di ASMKC dulu...

salam....
lencana sekolah SKM CHEPIR.


  Nama aku ATHA ALI BIN MOHD NADZRI sebagai mana yang tercatat dalam kad pengenalan (i/c) aku. Sekarang aku sudah 17 tahun menghirup udara yang diberi tuhan. Aku seperti insan-insan lain, mempunyai nostalgia tersendiri. Nostalgia aku berkait rapat dengan sekolah lama aku dulu (SMK CHEPIR).

  Aku bersekolah di SMK CHEPIR bermula pada tahun 2007 hingga 2009. 3 tahun ja.. Form 1 until form 3. Walaupun hanya 3 tahun di sana, tetapi aku banyak dapat pengalaman & membina nostalgia yang boleh buat aku senyum serta masam..hehehehehe. Dalam banyak-banyak pengalaman, aku paling tak boleh lupa bab pengalaman aku kena prank dengan senior-senior aku dlu. Masa tu aku baru form 1. Budak mentah lagi, tak tahu adat dok asrama. Mula-mula diorang usik 'kami' junior-junior ni dengan cerita hantu dulu, kemudian masok fasa kedua diorang prank kami dengan menyamar jadi hantu. Buboh bedak punya la banyak, sampai x buleh beza gigi dengan kulit muka...hehehehhe. Kami punya la takot sampai ada membe aku terkencing dalam seluar..hahahahhahaha...teruk kami..hahahha




pemandangan ASRAMA PUTERA SMK CHEPIR.
Disinilah tempatnya aku kena prank..hahahah


   Pengalaman yang agk best bagi aku adalah pada malam kebudayaan. Aku dengan sorang kawan aku nie pegi melepak kat tepi padang dulu sebelum kena berkumpul di dewan terbuka. Tengah dok syok-syok melepak tu, tiba-tiba terpancul idea nak burn dari aktiviti tersebut. Kawan aku nie jenis satu kepala dengan aku, so dia pun setuju dengan cadangan aku. Malam tu kami keluar sekolah tanpa pengetahuan sesiapa pun kecuali awek kawan aku sorang ni. Masa nak keluar dari asrama tu, kami nampak kelibat orang. Kami punya la takut ingatkan warden. Kami pun menyorok la di belakang stor padang. Bila line clear dah, kami pun gerak la ikut pintu belakang. Kami pegi makan nasi goreng kat warung berdekatan. Lepas makan & melantak apa yang patut, tiba-tiba kami perasan yang senior kami di asrama kami pun turut melepak kat situ. Lagi sempoi, dia siap dok mengepoi-ngepoikan asap rokoknya..hahhahaa... Kami pun sergah la dia, '' Hooiiiiiiiiiiiiii.......!!''. Dia punya la terkejut sampai tejatuh rokok dari mulut dia. Kami pun tanya dia, macam mana buleh keluaq??. Dia cakap dia keluaq dari pintu belakang la..hahahahhaha... Kami pun gelak la sebab kami perasan dia tu warden. Bila time balik ja, kami tengok ramai orang kat dewan asrama. Nasib baik budak-budak yang ada kat dewan tu tak perasan yang kami ghaib untuk seketika..heheheheh... Lepas kejadian itu, kami kerap keluar sampai la satu malam ni. Warden dapat tahu kami betiga dok fly ja. Kami pun kena denda la. Tapi warden kami tak report kat pengetua. Dia cakap habis di situ saja. Lepas ja kena denda tu, aku terus insaf n taubat dah...hehehehe...so moralnya, korang mestilah ikut peraturan yang telah di tetapkan...tu ja yang aku nak habaq...hehehehehhe...cakap utarha la...heheheheh




laman yang terdapat di sekolah lama aku..dahulunya tempat ini menjadi tempat melepak budak-budak asrama di malam minggu. Tetapi dah di upgradekan jadi taman cantik macam ni..

Selasa, 2 Ogos 2011

Kelebihan Solat tarawikh Di bulan Ramadhan



salam....

     Kelebihan solat tarawikh di bulan ramadhan...antaranya :-

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.